novel gemersik kalbu
pernah baca x novel gemersik kalbu??ok novel diaa layan kottt..walaupun aku dh baca lamaaaaa dulu tp ingat lagi jalan cter dia..skang mayb trend adaptasi drama dari novel kot..banyak plak drama & filem adaptasi dari novel ni..kt tv3 pun da adaptasi drama gemersik kalbu..ada tgk kah?skang dh tamat pun dekat tv3 drama ni..
aku mula mmg cam malas ja nk layan sbb hero dia aku kurang minat..pastu cam xsesuai ja nk berganding ngn ayu raudah..tp balik keja aku buka jgk tv3, tgk pun sambil2 masak makan mlm ja..xla menghayati sgt..then bila hero tu dh mati masuk aqasha rasa cam layan plak cter tu..tu yg terus melekat ja depan tv setiap isnin-khamis pukul7..kikiki.minggu lepas dh abis dh pun 24episod..
moja plak xlayan sgt gemersik kalbu, yg aku plak balik rumah mesti nk masak cepat2 then dok depan tv..masak pun yg simple2 ja sbb nk cepat..bila moja tgk aku layan gemersik kalbu, dia pun layan sekali tp dia xfaham pa sbb moja xtgk..moja plak dok tanya2 aku laki ni sapa,napa dia kawin dok napa napa..haiii aku yg rimas..so aku download setiap episod nk soh moja tgk..sekali dia pun sangkut..hahahaha.last2 2-2org gila dok layan gemersik kalbu..hari cuti moja dok pulun tgk dari episod 1, tgk sampai 3 4pagi baru tido..hahahha.minggu lepas moja dh balik kuching so xsempat laa dia tgk ending nya..tiap2 mlm kol mesti tanya ''syg jgn lupa dowdload sampai habis gemersik kalbu''..hahahha moja terkena hasutan aku..terus teringat2 lagi xtgk sampai habis..
sinopsis gemersik kalbu
Ikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?
SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2012/01/gemersik-kalbutv3
No comments:
Post a Comment