nama pun raya qurban kn..mmg belambak daging org sedekah..frigde aku penuh ngn daging..da laa tulang cket untuk makan 4org..pagi lepas breakfast ja aku terus rebus tulang tu..tulang kan lg lama masak lagi sedap.. masak sampai isi lekang sendiri dari tulang..pergghhh tu mmg terbaik laa..
dh lembut daging tu, tengahari baru aku masak nasi nya plak..ni first time aku try masak nasi daging..slalu aku makan ja..mil aku terer laa masak nasi daging ni tp moja cakap arwah abah masak lg sedap..also arwah abah fav nasi daging..
resepi aku google ja.. aku follow ja laa resepi kt bawah tu..pa bahan2 yg xdak kt rumah aku, aku xletak..hihi..bahan yg da suma aku letak..klu ikut resepi tu dia tumis rempah pastu masuk daging..klu mil aku dia amik air rebusan daging tu ganti air..daging yg dh rebus tu masuk dlm nasi.. so aku ikut mil aku..
lni laa resepi yg aku google..
NASI DAGING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram
bahan-bahan : 4 orang makan
bahan A :
3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan
80 ml susu cair
1 sudu makan puri tomato
2 helai daun limau purut
garam secukupnya
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak sapi
bahan B :
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
1 batang serai (diketuk)
Cara-cara :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.
Bahan Air Asam
bahan-bahan : 4 orang makan
2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi daging.
ni laa rupa nasi daging aku..nasi daging + sup + air asam..abang aku cakap sedap..jadi nasi daging aku..rempah suma cukup bahan..moja cam besa laa, dia suma sedap klu bini dia masak..tp nasi daging ni makan bertambah2, siap sedut sumsum tulang lg..alhamdullah dapat masak untuk family & somi ku tersayang..kiki..
selamat mencuba..^_^
No comments:
Post a Comment