lama x update blog..aku skang banyak sangat virus M..kiki tu pasal xupdate2 tu..tau ka kuih talam..aku xtau laa korg panggil pa tp aku panggil tepung talam.. aku xreti buat pun..moja laa ni request nk kuih talam..katanya dh lama xmakan..
aku pun gigih laa menggoogle resepi.. senang ja resepi bahannya pun.. rumah klu xbapa nak masak kuih2 ni laa sumanya xda..hihi..masa aku nak buat kuih tu baru laa pasan tepung gandum dh nk habis..hahaha.. nasib laa resepi tu pakai cket ja tepung..
kapur masak pun xda kt rumah aku..so xdak laa letak..moja cakap ''xpa ka yang suma xletak''..habis dh xda, nak buat camna..kiki..alaa boleh jaa adjust2 cket resepi tu..wahahahaha..
Bahan Lapisan Bawah :
200 gm gula merah
2 sudu gula pasir
2 1/2 cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi(xletak sebab xda)
1 sudu besar air kapur(kapur pun xletak sbb xda)
Cara-cara :
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dengan air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dengan kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak, cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.
Bahan Lapisan Atas :
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
Sedikt garam
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.
resepi from http://www.sitidelima.com
aku ni nama ja da resepi bagai tapi degil..orang cakap 200gm gula merah, aku main masak ja pastu pandai2 ja laa..orang cakap 2 1/2cawan air aku xtau banyak mana air aku letak..kiki..orang letak tepung tu tepung ni aku xletak sebab xda..moja nk p beli aku cakap xyah..pastu xjadi.. ^_^
ni laa rupa kuih talam aku.. walaupun aku xbapa ikut sukatan tu tapi jadi ok kuih talam aku..hihi..cuma bawah yang wana hitam tu keras cket..mak aku cakap mesti kurang air..kiki. xpa next time cuba lagi..^_^
setelah dipotong nii laa habisnya.. ni sebenarnya panas lg..xboleh potong lg..klu nk potong lawa kena tunggu sejuk tapi laki aku dh xsabar2 nk makan..tu laa comot tu.. moja cakap 'xpa kita ja yang nk makan'..
haa klu nk try cket dulu, boleh laa try resepi ni..resepi ni memang ngam2 ja satu bekas.. senang nk bajet..selamat mencuba..^_^.
No comments:
Post a Comment