new of my life

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 24, 2011

real steel

sabtu moja cuti, aku mmg siang2 dh cakap xnk dok rumah..nk keluar..xkisah laa pergi mna pun janji xbosan dok rumah..walaupun sabtu tp pagi dh keluar rumah..pagi2 dh bangun siap2 nk pergi kubur arwah abah..

abis baca yasin pa suma lepak kedai makan nasi lemak kukus plak sementara tunggu pidah abis kelas tambahan kul 10pg..nasi lemak kukus ni sbenarnya tempat fav arwah abah..skang aku plak yg suka nasi lemak situ..terutama sekali paru..aku klu pergi sana mesti amik lauk paru ja laa, yg lain xpandang..senang btui hidup kan.suma kt kedai ja..kiki..

dh lama xtgk wayang..laki aku lepas 1-1 cter keluar suma aku xsempat nk p tgk..last2 beli dvd ja..tgk kt rumah jaaa..asik bz ja..hari sabtu lepas baru laa tgk wayang...

mula xtau nk tgk cter pa sbb xplan pun nk tgk wayang..tgk cter pun suma cam xbest ja..pastu moja ajak tgk real steel..hmm aku follow ja laa..
cter yg mmg best..
layannn ja cter nii..
hugh jackman yg hensem..hihihi
& banyak action...
xrugi laa tunggu 2jam dlm bilik gelap tu & moja cakap aku tgk cter tu xkelip2 mata..hahahha pandai ja nk kutuk aku..sgt suka tgk cter nii..





Charlie Kenton (Hugh Jackman) adalah bekas penggusti yang kini menumpukan perhatian untuk menjana wang melalui sukan tinju robot dengan dibantu oleh teman wanitanya, Bailey (Evangeline Lilly) tetapi sikapnya yang agak terburu-buru menyebabkan dia kalah banyak perlawanan dan berhutang. Melalui satu perjanjian, dia telah berjaya mendapatkan wang yang cukup untuk membeli satu lagi robot bernama Noisy Boy untuk berlawan tetapi dalam masa yang sama dia diberi tanggungjawab untuk menjaga anak lelakinya, Max yang berusia 11 tahun selama dua bulan sebelum diserahkan kembali kepada bekas kakak iparnya yang memiliki hak penjagaan sah anak itu.

Max (Dakota Goyo) walau bagaimanapun mempunyai perangai yang sama dengan bapanya, degil dan cerdas. Charlie dan Max mengembara bersama untuk menyertai perlawanan liga robot menggunakan Noisy Boy, walau bagaimanapun, robot itu musnah bila Charlie gagal mengawalnya. Dalam usaha mencari robot baru, Charlie dan Max telah terjumpa secara tidak sengaja dengan sebuah robot generasi lama iaitu Atom di tempat pembuangan sampah.
Walaupun Charlie menganggap Atom sebagai sampah, Max sayangkan robot itu dan cuba membaikinya. Atomyang direka sebagai robot ‘punching bag’ mempunyai ketahanan yang tinggi, tetapi tidak begitu bagus dalam menyerang. Salah satu ciri Atom yang tidak ada pada robot lain ialah keupayaannya untuk meniru dan mengingat pergerakan orang dan secara misterinya ia juga memiliki ‘semangat untuk tidak menyerah kalah’ yang datangnya entah dari mana.
Dengan kawalan Max dan panduan dari Charlie, Atom telah berjaya memberi kejutan dalam perlawanan demi perlawanan sehingga pada satu tahap, ia berjaya mendapatkan satu perjanjian perlawanan menentang juara liga robot yang jauh lebih besar dan kuat darinya iaitu Zeus yang dikawal oleh Tak Mashido (Karl Yune). Adakah Atom, robot generasi lama dari tempat pembuangan sampah itu akan berjaya memenangi perlawanan menentang robotZeus? Anda perlu ke pawagam untuk mengetahui sendiri...(copy fr http://beautifulnara.com )


No comments:

Post a Comment